Followers

Friday, May 21, 2010

Sambutan Hari Guru 2010 peringkat sekolah



Sambutan Hari Guru 2010 SMK Machang Bubuk telah diadakan pada 21 Mei 2010. Acara bermula perarakan masuk guru-guru diringi dengan paluan kompang. Setelah bacaan doa selesai, perutusan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Negeri dibacakan oleh wakil-wakil guru yang telah ditetapkan untuk membaca perutusan-perutusan tersebut. Apabila selesai ucapan wakil murid, Tuan Pengetua merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Kemudian majlis di teruskan dengan bacaan ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Setelah nyanyian selesai, upacara memotong kek Hari Guru dilaksanakan oleh barisan pentadbiran utama sekolah dan disusuli dengan penyampaian cenderahati kepada guru-guru. Acara sukaneka dijalankan selepas itu diringi dengan persembahan dari guru dan murid. Majlis diakhiri upacara penyampaian hadiah Anugerah Hari Guru dan jamuan makan diadakan untuk meraikan para guru.

Upacara memotong kek Hari Guru oleh barisan utama pentadbiran sekolah


Wakil pelajar PPKI memberi cenderahati istimewa ( yang telah diceritakan dalam post sebelum ini) kepada guru-guru

Persembahan silat dari pelajar kepada guru-guru yang diraikan pada hari ini

Barisan Guru PPKI SMK Machang Bubuk yang sentiasa ceria bersama

Guru PPKI bergambar kenangan bersama Tuan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran


Permainan Melody Chair yang turut melibatkan pelajar-pelajar PPKI

Sajak istimewa sempena Hari Guru di sampaikan oleh dua guru wanita, cikgu Nor Ainee dan cikgu Norsilah

Persembahan dari band SMK Machang Bubuk

Persembahan dari Cikgu Tuan Ahmad yang menyanyikan lagu AXL, Akulah kekasihmu, mendapat sambutan hangat dari para penonton

Persembahan dari Cikgu Azman yang menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman secara acapella


Nyanyian lagu Wonderful Tonight dari cikgu Rahimi dan pelajar diringi oleh petikan gitar guru muzik sekolah , Cikgu Asmadi dan band SMK Machang Bubuk

No comments: