Followers

Sunday, May 2, 2010

Semoga berjaya di sekolah baru


Jumaat 29 April 2010 merupakan hari terakhir kepada salah seorang PPM SMKMB, Siti Suraya bt Yahaya atau lebih mesra di panggil sebagai Su bertugas di sekolah ini. Mulai 3 Mei 2010, Su akan memulakan tugas di sekolah baru. Su bertukar bukan disebabkan dia tidak seronok bertugas di SMKMB tetapi disebabkan oleh faktor-faktor keselamatan yang tidak perlu diceritakan secara terbuka disini. Majlis perpisahan diadakan serba ringkas disebabkan pada hari yang sama ada perjumpaan dengan waris murid-murid PPKI dengan guru. Perjumpaan ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan para waris mengenai Rancangan Pendidikan Individu yang telah di rancangkan oleh guru-guru PPKi terhadap murid-murid PPKI SMKMB. Kami pihak PPKI amat terasa kehilangan Su sebagai PPM yang amat komited dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugasnya. Diharapkan Su akan berasa seronok bertugas di sekolah baru dan semoga terus berjaya kami pihak PPKI SMKMB ucapkan. Terima kasih atas segala bantuan yang dihulurkan kepada kami sepanjang bertugas di sini. Diharapkan hubungan yang sedia terjalin akan berterusan sampai bila-bila.

Siti Suraya menerima hadiah dari penyelaras PPKI SMKMB , Cikgu Hairulizwan


Guru-guru perempuan PPKI dan PPM bergambar dengan Siti Suraya @ Su sebagai kenang-kenangan