Followers

Tuesday, June 29, 2010

Lawatan ke Lost World of Tambun

Pada 24 Jun 2010, pihak PPKI SMK Machang Bubuk telah mengadakan lawatan ke Lost World of Tambun . Lawatan kali ini telah disertai seramai 69 orang termasuk guru-guru PPKI, PPM, murid-murid, ibu bapa dan penjaga.


Antara objektif lawatan kali ini diadakan ialah:


1.Mendedahkan murid-murid dengan persekitaran luar dalam merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran.


2 Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.


3. Mengeratkan hubungan antara pelajar dengan ibu bapa dan juga pihak sekolah.


4. Meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus di kalangan pelajar.

Lawatan ke Lost World of Tambun


Video movie maker diatas menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya program lawatan ini. Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru, PPM, ibu bapa , murid-murid serta peserta-peserta lawatan yang memberikan kerjasama yang amat memberangsangkan untuk lawatan kali . Diharapkan kerjasama dan sokongan ini dapat diteruslkan lagi pada program-program lain yang bakal di jalankan oleh PPKI SMK Machang Bubuk.

3 comments:

Anonymous said...

Bagus lawatan ke Tambun...usaha lagi ke tempat yang lain... Jom ....singgah di http://zmah-ceritaku.blogspot.com
Facebook:email-ppkismkbatumuda@yahoo.com

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran said...

InsyaAllah hujung tahun akan ke tempat yg lebih baik....

CJ said...

ushamu guru tidak pernah pudar...teruskan semangat dan kekuatan yang dianugerah Tuhan