Followers

Saturday, June 5, 2010

Majlis Sambutan Hari Jadi dan Perpisahan 3 Jun 2010

Sambutan Hari Jadi dan Perpisahan PPKI SMK Machang Bubuk 3 Jun 2010

Aktiviti-aktiviti PPKI SMK Machang Bubuk bulan Januari hingga Mei

Majlis Sambutan Hari Jadi dan Perpisahan ini diadakan untuk meraikan murid-murid PPKI yang menyambut kelahiran pada bulan Januari hingga Jun serta guru-guru serta PPM yang telah bertukar ke sekolah lain. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Aziz bin Hashim, Ketua Unit, Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Turut hadir ke majlis ini ialah Tuan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta Penolong Kanan Kokurikulum.


Guru-guru yang telah bertukar ke sekolah lain iaitu Cik Norsuzila Mansor, Puan Fadzilah Mat, Cik Siti Asliza Ahmad serta PPM, Cik Siti Suraya Yahaya memenuhi jemputan PPKI SMK Machang Bubuk dengan hadir ke majlis ini. Video mengenai aktiviti-aktiviti PPKI SMK Machang Bubuk telah jalani dari bulan Januari hingga Mei turut dipertontonkan kepada semua hadirin. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini dan diharapkan majlis yang akan diadakan sekali lagi pada hujung tahun nanti akan bertambah meriah lagi

No comments: