Followers

Friday, July 6, 2012

Gala Kokurikulum Kebangsaan 2012

Pada 23 hingga 27 Jun yang lalu, Gala Kokurikulum peringkat kebangsaan telah berlangsung dan bertempat di Pusat Latihan Kokurikulum Pulau Pinang. PPKI (BP) SMK Machang Bubuk dijemput untuk mengadakan persembahan pada majlis perasmian penutup. Persembahan tarian  tersebut bergabung dengan beberapa pelajar PPKI (BP) SMK Tasek dan nyanyian secara live oleh pelajar aliran perdana SMK Machang Bubuk, Nur Nabiha bt Harun. Persembahan tersebut menggunakan lagu asal nyanyian Syura bertajuk Nazam Berkasih. Video-video persembahan mereka telah diupload di Youtube. Di sini akan disertakan link video- video tersebut

1. Semasa sesi raptai sila klik DI SINI
2. Persembahan semasa majlis penutup, sila klik DI SINI

Selain itu pihak PPKI(BP) SMK Machang Bubuk juga bekerjasama dengan SMK Kepala Batas untuk mengadakan pameran projek Rumah Cendawan. PPKI (BP) SMK Machang Bubuk  bertugas menyediakan movie maker untuk tontonan para pengunjung ke majlis tersebut. Para pembaca blog boleh klik DI SINI untuk melihat movie maker tersebut.

No comments: