Followers

Saturday, August 11, 2012

Program Eksplorasi Sabah 2012

LAPORAN

PROGRAM EKSPLORASI SABAH 2012

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SMK MACHANG BUBUK



TARIKH : 16 JULAI 2012 – 19 JULAI 2012

HARI : ISNIN HINGGA KHAMIS (4 HARI 3 MALAM)

TEMPAT : KOTA KINABALU, KUNDASANG & RANAU, SABAH

KUMP SASARAN : PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI



1. PENGENALAN



Program Eksplorasi Pendidikan Khas 2012 merupakan aktiviti lawatan sambil belajar yang dapat mempertingkatkan perkembangan sosial pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi selaras dengan perkembangan semasa yang berlaku di persekitaran mereka. Program sebegini dapat mendidik pelajar-pelajar mengamalkan nilai-nilai murni, meningkatkan keyakinan diri dan bersikap positif dalam kehidupan seharian mereka.

Aktiviti yang dirancang adalah bertetapan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas berlandaskan kepada sukatan pelajaran alternatif pendidikan khas.



2. OBJEKTIF

• Mendedahkan pelajar dengan keunikan masyarakat dan cara hidup masyarakat di negeri Sabah khususnya daripada segi sosial, ekonomi dan kebudayaan.



• Mengembangkan minda pelajar dan memberi pengalaman dalam bersosial, berkomunikasi serta meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar-pelajar Pendidikan Khas.



• Menambahkan kefahaman di bawah pengendalian guru matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Alam Sekitar serta Pengurusan Diri.



• Meluaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada terhadap kebudayaan yang berbeza dalam sesebuah negara majmuk selaras dengan konsep 1 Malaysia.



• Mewujudkan hubungan baik dengan Sekolah Integrasi Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) di Sabah untuk meningkatkan lagi prestasi dan kualiti Pendidikan Khas melalui pertukaran idea dan pendapat semasa sesi lawatan.


3. TEMPAT-TEMPAT YANG DILAWATI



 Muzium Sabah

 Kampung Budaya Sabah

 Tempat menarik sekitar Kota Kinabalu

 Kinabalu Park

 Poring Hot Spring (Canopy Walkway atau Tropical Garden, mandi di Kolam Air Panas)

 Kg Luanti (Fish Massage)

 Jambatan Tamparuli

 Walai Tokou Homestay

 SMK Kolombong (PPKI)



4. AHLI JAWATANKUASA



Penasihat : Pn Norlelawati Bt Abdul Aziz ( Pengetua )

Pengerusi : Pn. Zuraidah Bt Othman ( PK Pendidikan Khas)

Setiausaha program : Pn. Siti Nor Rahmah Bt Emran

Bendahari program : Pn. Rohayati Bt Saidin



AJK Makanan & Minuman

- Pn. Norashikin Bt Ramli

- Pn. Shamala A/P Narayanan

- Pn. Norlaila Bt Mohd Nor



AJK Pengangkutan

- En. Hairulizwan B. Sahidan

- Pn. Hasimaton Asmah Bt Derani

- Pn. Salmah Bt Man



AJK Penginapan

- Pn. Nor Adawiyah Bt Khosin

- Cik Soon Ming Yen

- Pn. Shakirah Bt Talib



AJK Dokumentasi & Laporan

- En. Leman Abdillah B. Che Leman

- Pn. Venotha A/P Sumaran

- Pn. Azimah Bt Ahmad Aseki



AJK Pra-lawatan (cenderahati / tag nama / t-shirt / keperluan pelajar)

- Pn. Nor Ashikin Bt Abdul Rahman

- Pn. Zamilah Bt Mohd Ibrahim

- Pn. Wong Shiau Hui

- Pn. June Rosna Bt Mohamad



AJK Kawalan Pelajar / Disiplin / Keselamatan

- En. Hairulizwan Bin Shahidan

- Pn. Nor Adawiyah Bt. Khosin

- Pn. Siti Nor Rahmah Bt Emran

- Pn. Rohayati Bt Saidin

- En. Leman Abdillah Bin Che Leman

- Pn. Nor Ashikin Bt Abdul Rahman

- Pn. Shakirah Bt Talib

- Pn. Norlaila Bt Mohd Nor





5. KETUA ROMBONGAN

 Nama : Siti Nor Rahmah Bt Emran


TENTATIF PROGRAM EKSPLORASI SABAH 2012


Hari Pertama ( 16 Julai 2012 – Isnin)



MASA AKTIVITI

6.30 pg - berkumpul di sekolah

6.45 pg - bertolak ke Lapangan Terbang Pulau Pinang

8.30 pg - daftar masuk

10.35 pg - penerbangan ke Kota Kinabalu

1.20 ptg - tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu

2.00 ptg - makan tengahari / daftar masuk hotel

3.00 ptg - melawat Pasar Kraftangan Kota Kinabalu

5.00 ptg -melawat Mari- Mari Cultural Village

9.00 mlm - makan malam / solat / pengurusan diri / rehat



Hari Kedua ( 17 Julai 2012 - Selasa )



MASA AKTIVITI

5.30 pg - bangun / solat / pengurusan diri / sarapan pagi

8.00 pg - lawatan ke Muzium Sabah

10.30 pg - lawatan ke PPKI SMK Kolombong

1.00 ptg - makan tengah hari / solat

2.00 ptg - melawat tempat menarik sekitar Tuaran & Kundasang seperti Pekan Nabalu, Desa Cattle, War Memorial Park

8.00 mlm - daftar masuk ke penginapan di Walai Tokou Homestay /makan malam / persembahan kebudayaan/ solat / rehat



Hari Ketiga ( 18 Julai 2012 - Rabu )

MASA AKTIVITI

5.30 pg - bangun / solat / pengurusan diri / sarapan pagi

8.00 pg - lawatan ke Kg Luanti (Fish Massage) dan Poring Hot Spring

12.00 tghr - makan tengahari di Pekan Ranau / solat

2.00 ptg - lawatan ke Kinabalu Park, Jambatan Gantung Tamparuli dan Rumah Terbalik

7.30 malam - bertolak ke Kota Kinabalu/ makan malam / pengurusan diri / solat



Hari Keempat ( 19 Julai 2012 - Khamis )

MASA AKTIVITI

5.00 pg - daftar masuk

7.30 pg - penerbangan balik ke Pulau Pinang

10.10 pg - tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang

12.00 tghr - tiba di SMK Machang Bubuk





REFLEKSI



Program Eksplorasi Sabah 2012 ternyata dapat memberi pengalaman yang sukar dilupakan kepada semua pihak yang terlibat. Hal ini disebabkan oleh semua peserta program didedahkan dengan aktiviti –aktiviti yang amat jarang dilakukan. Para peserta program juga dapat menikmati keindahan pemandangan dan alam semulajadi di Sabah yang ternyata amat berbeza dengan keadaan di Semenanjung Malaysia. Disamping itu kebanyakan para pelajar mendapat pengalaman baru menaiki kapal terbang pergi dan pulang. Ini juga mendedahkan mereka tentang pengurusan diri apabila menyertai program eksplorasi.



Malahan pengetahuan sedia ada mengenai masyarakat dan kebudayaan negeri Sabah dapat ditingkat melalui pendedahan yang mereka dapat secara langsung melalui program ini. Secara tidak langsung ini mendedahkan mereka cara bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat luar . Perjalanan program yang lancar juga menyebabkan program ini telah mencapai objektif yang disasarkan. Kerjasama daripada semua pihak turut menjadikan program ini diantara program eksplorasi yang terbaik pernah dijalankan oleh PPKI SMK Machang Bubuk. Kesimpulannya, program ini ternyata mendatangkan banyak manfaat kepada warga PPKI SMK Machang dan wajar diteruskan pada masa akan datang.



Movie maker sepanjang program ini dapat dilihat dengan klik DI SINI





No comments: