Followers

Sunday, May 2, 2010

Terapi Bowling 4.... 29 April 2008

Terapi bowling kali ini ternyata lebih menyeronokkan disebabkan oleh dua faktor. Pertama, rombongan PPPKI SMKMB kali ni dibawa oleh bas persiaran berbanding bas sekolah pada sesi terapi bowling sebelum-sebelum ini. Bas ini ternyata lebih menyelesakan murid-murid, guru-guru dan PPM. Terima kasih kepada pengusaha bas iaitu Yusree Bus yang faham dengan keperluan murid-murid PPKI. faktor kedua ialah kali ini adanya sesi makan-makan di restoran KFC selepas selesainya aktiviti terapi bowling. Segala perbelanjaan makan-makan di KFC ini ditangggung oleh penyelaras PPKI yang baik hati , cikgu Hairulizwan Shahidan. Terima kasih diucapkan kepada cikgu dan tahniah diucapakan kerana mendspat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun ini. Semoga cikgu terus bersemangat untuk terus menabur bakti dalam bidang pendidikan Khas ini



Sesi memanaskan badan hanya dijalankan dalam kelas PPKI disebabkan tempat selalu sesi ini diadakan sedang digunakan oleh guru lain



Kehadiran bas ini ternyata menggembirakan pihak PPKI SMKMB kerana bas ini ternyata lebih selesa berbanding bas sebelum ini



Murid-murid, guru-guru dan PPM sedang menaiki bas



wajah murid-murid PPKI yang amat gembira ketika dalam perjalanan ke pusat bowling



Suasana biasa dilihat pada aktiviti terapi bowling diadakan



Ketika menjamu selera di KFC



Kelihatan mereka sangat gembira makan di KFC ni



Wajah-wajah murid yang gembira apabila gambar mereka diambil

No comments: