Followers

Friday, February 22, 2013

Rumah cendawan fasa ke 2

Alhamdulillah, projek Rumah Cendawan PPKI (BP) SMKMB fasa kedua telah menunjukkan hasilnya. Ini dibuktikan dengan pengutipan hasil bermula 18 Februari yang lalu....

Berikut merupakan paparan beberapa gambar berkaitan projek Rumah Cendawan PPKI (BP) SMKMB fasa kedua  yang dikongsikan untuk tatapan pengunjung blog ini dari bermula projek sehingga kutipan dibuat

Ketika bongkah cendawan baru sampai


Guru-guru dan murid-murid menyusun bongkah di dalam rumah cendawan


Bongkah-bongkah siap disusun dalam rumah cendawan



Cendawan-cendawan mula mengeluarkan hasil



Murid-murid mengutip hasil cendawan dengan bantuan guru PPKI dan bongkah terus dicuci setelah kutipan hasil dibuat



Hasil kutipan mencecah 4 kg pada hari kedua kutipan




Pembungkusan cendawan dimana cendawan dibungkus  100g setiap bungkus



Cendawan siap dibungkus dan akan dijual kepada pelanggan. Pasaran setakat hari ini adalah disekitar sekolah dan secara tempahan

Sejarah perkembangan PPKI SMKMB

Berikut merupakan sejarah perkembangan PPKI SMKMB sejak kelas dibuka
tahun 2007 hingga sekarang
(SILA KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR)

Maklumat pelajar 2013

Berikut merupakan maklumat pelajar bagi tahun 2013

Data mengikut Bangsa, Agama, Kelas dan
 Kategori Masalah Pembelajaran

(SILA KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR)






Carta Organisasi PPKI 2013


Berikut merupakan carta organisasi PPKI SMKMB bagi tahun 2013


PENGETUA
Puan Norlelawati bt Abdul Aziz

PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
Puan Junaini bt Hassan

GURU-GURU PPKI
  1. Puan Zamilah bt Mohd Ibrahim
  2. Encik Hairulizwan bin Shahidan
  3. Puan Nor Adawiyah bt Khosin
  4.  Cik Soon Ming Yen
  5. Puan Wong Shiau Hui
  6. Puan Rohayati bt Saidin
  7. Puan Siti Nor Rahmah bt Emran
  8. Puan Nor Ashikin bt Abd. Rahman
  9. Encik Leman Abdillah bin Che Leman
  10. Puan Venotha A/P sumaran
  11. Puan Norashikin bt Ramli
  12. Puan Hasimaton Asmah bt Derani
  13.  Puan Shamala a/p Narayanan
  14. Puan Nanthamanee A/P Subramanian
  15.  Puan Nur Azlina bt Mohamad Razali


PEMBANTU PENGURUSAN MURID

1. Puan Salmah bt Man

2. Puan Shakirah bt Talib

3. Puan June Rosna bt Mohamad

4. Puan Noor Azimah bt Ahmad Aseki

5. Puan Noor Laila bt Mohd Nor


Thursday, February 21, 2013

Aktiviti 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

 Saya sebagai guru yg diberi tanggungjawab  mengemaskini  blog ini,  ingin  memohon   beribu kemaafan. Hal ini disebabkan kelewatan mengemaskini blog ini atas sebab komitmen  lain yang lebih penting dan kesibukan yang melanda.

Namun, saya ingin paparkan aktiviti- aktiviti yang sudah dijalankan setakat hari ini oleh PPKI(BP) SMKMB  bagi tahun 2013

Antaranya ialah











Aktiviti-aktiviti seterusnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa dalam artikel seterusnya

Saturday, September 29, 2012

Karnival Nasyid Pend Khas Pulau Pinang

Pada 17 Sept yang lalu , telah berlangsung Karnival Nasyid Pendidikan Khas Pulau Pinang. Karnival berlangsung di SK Machang Bubuk 2. Pertandingan diadakan dalam 2 kategori iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Pertandingan ini dimenangi SK Bayan Baru bagi kategori sekolah rendah dan SMK Sungai Nibong bagi kategori sekolah menengah.

Para pengunjung blog boleh klik DI SINI bagi menonton video moker yang disediakan oleh guru yang ditugaskan  mengambil gambar secara rasmi pada majlis tersebut


Sambutan Merdeka Raya 2012

Pada 7 September yang lalu , PPKI (BP) SMK Machang Bubuk telah mengadakan Sambutan Merdeka Raya bagi tahun 2012. Majlis in bertujuan meraikan Hari Raya Aidilfitri , Ulangtahun kemerdekaan ke 55 , meraikan kenaikan pangkat dan mengalu-alukan kedatangan  Penolong Kanan yang baru , Puan Junaini bt Hassan dan perpisahan bersama Penolong Kanan Pendidikan Khas , Puan Zuraidah bt Othman yang bertukar ke SMK Teluk Air Tawar.

Para pengunjung blog boleh klik DI SINI untuk menonton movie  maker sepanjang majlis tersebut

Wednesday, September 12, 2012

Aktiviti PPKI SMKMB Jan-Ogos 2012

  Para pengunjung blog boleh klik DI SINI untuk melihat video movie maker yang menghimpunkan aktiviti-aktiviti yang sudah dijalankan dari awal tahun sehingga bulan Ogos 2012. Video ini  telah dipertontonkan pada Majlis Merdeka Raya, Kenaikan Pangkat dan Perpisahan pada  7 September yang lalu. Laporan mengenai majlis ini akan diupdate nanti

Saturday, August 11, 2012

Program Eksplorasi Sabah 2012

LAPORAN

PROGRAM EKSPLORASI SABAH 2012

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SMK MACHANG BUBUK



TARIKH : 16 JULAI 2012 – 19 JULAI 2012

HARI : ISNIN HINGGA KHAMIS (4 HARI 3 MALAM)

TEMPAT : KOTA KINABALU, KUNDASANG & RANAU, SABAH

KUMP SASARAN : PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI



1. PENGENALAN



Program Eksplorasi Pendidikan Khas 2012 merupakan aktiviti lawatan sambil belajar yang dapat mempertingkatkan perkembangan sosial pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi selaras dengan perkembangan semasa yang berlaku di persekitaran mereka. Program sebegini dapat mendidik pelajar-pelajar mengamalkan nilai-nilai murni, meningkatkan keyakinan diri dan bersikap positif dalam kehidupan seharian mereka.

Aktiviti yang dirancang adalah bertetapan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas berlandaskan kepada sukatan pelajaran alternatif pendidikan khas.



2. OBJEKTIF

• Mendedahkan pelajar dengan keunikan masyarakat dan cara hidup masyarakat di negeri Sabah khususnya daripada segi sosial, ekonomi dan kebudayaan.



• Mengembangkan minda pelajar dan memberi pengalaman dalam bersosial, berkomunikasi serta meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar-pelajar Pendidikan Khas.



• Menambahkan kefahaman di bawah pengendalian guru matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Alam Sekitar serta Pengurusan Diri.



• Meluaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada terhadap kebudayaan yang berbeza dalam sesebuah negara majmuk selaras dengan konsep 1 Malaysia.



• Mewujudkan hubungan baik dengan Sekolah Integrasi Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) di Sabah untuk meningkatkan lagi prestasi dan kualiti Pendidikan Khas melalui pertukaran idea dan pendapat semasa sesi lawatan.


3. TEMPAT-TEMPAT YANG DILAWATI



 Muzium Sabah

 Kampung Budaya Sabah

 Tempat menarik sekitar Kota Kinabalu

 Kinabalu Park

 Poring Hot Spring (Canopy Walkway atau Tropical Garden, mandi di Kolam Air Panas)

 Kg Luanti (Fish Massage)

 Jambatan Tamparuli

 Walai Tokou Homestay

 SMK Kolombong (PPKI)



4. AHLI JAWATANKUASA



Penasihat : Pn Norlelawati Bt Abdul Aziz ( Pengetua )

Pengerusi : Pn. Zuraidah Bt Othman ( PK Pendidikan Khas)

Setiausaha program : Pn. Siti Nor Rahmah Bt Emran

Bendahari program : Pn. Rohayati Bt Saidin



AJK Makanan & Minuman

- Pn. Norashikin Bt Ramli

- Pn. Shamala A/P Narayanan

- Pn. Norlaila Bt Mohd Nor



AJK Pengangkutan

- En. Hairulizwan B. Sahidan

- Pn. Hasimaton Asmah Bt Derani

- Pn. Salmah Bt Man



AJK Penginapan

- Pn. Nor Adawiyah Bt Khosin

- Cik Soon Ming Yen

- Pn. Shakirah Bt Talib



AJK Dokumentasi & Laporan

- En. Leman Abdillah B. Che Leman

- Pn. Venotha A/P Sumaran

- Pn. Azimah Bt Ahmad Aseki



AJK Pra-lawatan (cenderahati / tag nama / t-shirt / keperluan pelajar)

- Pn. Nor Ashikin Bt Abdul Rahman

- Pn. Zamilah Bt Mohd Ibrahim

- Pn. Wong Shiau Hui

- Pn. June Rosna Bt Mohamad



AJK Kawalan Pelajar / Disiplin / Keselamatan

- En. Hairulizwan Bin Shahidan

- Pn. Nor Adawiyah Bt. Khosin

- Pn. Siti Nor Rahmah Bt Emran

- Pn. Rohayati Bt Saidin

- En. Leman Abdillah Bin Che Leman

- Pn. Nor Ashikin Bt Abdul Rahman

- Pn. Shakirah Bt Talib

- Pn. Norlaila Bt Mohd Nor





5. KETUA ROMBONGAN

 Nama : Siti Nor Rahmah Bt Emran


TENTATIF PROGRAM EKSPLORASI SABAH 2012


Hari Pertama ( 16 Julai 2012 – Isnin)



MASA AKTIVITI

6.30 pg - berkumpul di sekolah

6.45 pg - bertolak ke Lapangan Terbang Pulau Pinang

8.30 pg - daftar masuk

10.35 pg - penerbangan ke Kota Kinabalu

1.20 ptg - tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu

2.00 ptg - makan tengahari / daftar masuk hotel

3.00 ptg - melawat Pasar Kraftangan Kota Kinabalu

5.00 ptg -melawat Mari- Mari Cultural Village

9.00 mlm - makan malam / solat / pengurusan diri / rehat



Hari Kedua ( 17 Julai 2012 - Selasa )



MASA AKTIVITI

5.30 pg - bangun / solat / pengurusan diri / sarapan pagi

8.00 pg - lawatan ke Muzium Sabah

10.30 pg - lawatan ke PPKI SMK Kolombong

1.00 ptg - makan tengah hari / solat

2.00 ptg - melawat tempat menarik sekitar Tuaran & Kundasang seperti Pekan Nabalu, Desa Cattle, War Memorial Park

8.00 mlm - daftar masuk ke penginapan di Walai Tokou Homestay /makan malam / persembahan kebudayaan/ solat / rehat



Hari Ketiga ( 18 Julai 2012 - Rabu )

MASA AKTIVITI

5.30 pg - bangun / solat / pengurusan diri / sarapan pagi

8.00 pg - lawatan ke Kg Luanti (Fish Massage) dan Poring Hot Spring

12.00 tghr - makan tengahari di Pekan Ranau / solat

2.00 ptg - lawatan ke Kinabalu Park, Jambatan Gantung Tamparuli dan Rumah Terbalik

7.30 malam - bertolak ke Kota Kinabalu/ makan malam / pengurusan diri / solat



Hari Keempat ( 19 Julai 2012 - Khamis )

MASA AKTIVITI

5.00 pg - daftar masuk

7.30 pg - penerbangan balik ke Pulau Pinang

10.10 pg - tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang

12.00 tghr - tiba di SMK Machang Bubuk





REFLEKSI



Program Eksplorasi Sabah 2012 ternyata dapat memberi pengalaman yang sukar dilupakan kepada semua pihak yang terlibat. Hal ini disebabkan oleh semua peserta program didedahkan dengan aktiviti –aktiviti yang amat jarang dilakukan. Para peserta program juga dapat menikmati keindahan pemandangan dan alam semulajadi di Sabah yang ternyata amat berbeza dengan keadaan di Semenanjung Malaysia. Disamping itu kebanyakan para pelajar mendapat pengalaman baru menaiki kapal terbang pergi dan pulang. Ini juga mendedahkan mereka tentang pengurusan diri apabila menyertai program eksplorasi.



Malahan pengetahuan sedia ada mengenai masyarakat dan kebudayaan negeri Sabah dapat ditingkat melalui pendedahan yang mereka dapat secara langsung melalui program ini. Secara tidak langsung ini mendedahkan mereka cara bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat luar . Perjalanan program yang lancar juga menyebabkan program ini telah mencapai objektif yang disasarkan. Kerjasama daripada semua pihak turut menjadikan program ini diantara program eksplorasi yang terbaik pernah dijalankan oleh PPKI SMK Machang Bubuk. Kesimpulannya, program ini ternyata mendatangkan banyak manfaat kepada warga PPKI SMK Machang dan wajar diteruskan pada masa akan datang.



Movie maker sepanjang program ini dapat dilihat dengan klik DI SINI