Followers

Friday, July 19, 2013

Terapi Futsal 2013

TERAPI FUTSAL

 Objektif
- Mendedahkan pelajar dengan persekitaran luar dalam merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran.
- Melatih pelajar berdikari dan dapat menyesuaikan diri dalam kumpulan dengan memupuk sikap toleransi sesama rakan.
- Memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada pelajar tentang asas menunggang kuda/bermain futsal.
- Membentuk pelajar supaya berani, yakin dan daya juang yang tinggi.
- Melatih diri agar lebih berdisiplin dengan mematuhi arahan, belajar bersabar dan mengawal emosi.

  Konsep Terapi Futsal

Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing- masing dianggotai oleh lima orang. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Tujuannya adalah memasukkan bola ke dalam gawang lawan dengan kaki.

Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan. Dalam maksud lain futsal juga merupakan versi bola sepak tertutup dan ia juga bermaksud 'bola sepak dalam dewan'. Futsal sesuai dijadikan terapi untuk kanak-kanak berkeperluan khas kerana ruang futsal yang agak kecil dan tertutup yang dapat meningkatkan tahap kemahiran bermain serta membuat keputusan dengan lebih cepat, masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa.

Selain itu, bola yang digunakan jugal ebih berat membuatkan pemain dapat mengawal bola dengan baik. Kebaikan terapi futsal kepada murid-murid pendidikan khas adalah dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kerana memerlukan kemahiran kaki untuk mengawal dan menggelecek bola, tidak membahayakan kanak-kanak istimewa kerana sukan futsal sangat kurang kes-kes kecederaan, meningkatkan semangat berpasukan dan kerjasama yang tinggi.

TERAPI FUTSAL PPKI (BP) SMKMB 2013

Terapi futsal PPKI SMKMB dijalankan  di Safira Sport Club, Seberang Jaya. Terapi ini pertama kali diadakan dan merupakan percubaan pertama para guru untuk membawa pelajar bermain dalam gelanggang sebenar. Hasil daripada terapi ini, para guru mendapati terapi ini wajar di teruskan lagi pada masa akan datang. Berikut merupakan paparan gambaran sepanjang aktiviti ini berlangsung





No comments: