Followers

Sunday, April 18, 2010

Kejohanan Merentas Desa SMK Machang Bubuk 2010

Seperti biasa seperti tahun sebelumnya, murid-murid PPKI SMK Machang Bubuk akan menyertai kejohanan merentas desa. Walaupun penyertaan kali ini hanya melibatkan 25 orang daripada 43 orang yang disasarkan, namun langsung tak mematahkan semangat murid-murid , guru-guru serta PPM untuk memberikan yang terbaik untuk kejohanan kali ini..... Terima kasih juga kepada pihak pentadbiran sekolah yang menyediakan 20 hadiah untuk murid-murid pendidikan khas kali ini... Semoga kejohanan kali ini dapat menaikkan lagi semangat guru-guru serta PPM untuk memberikan pendedahan yang terbaik kepada murid-murid PPKI SMK Machang Bubuk. Terima kasih juga semua pihak yang membantu kami sepanjang kejohanan kali ini. Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua. Akhir sekali tak dilupakan juga kepada Penolong Penyelaras PPKI , Puan Nor Adawiyah atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ada, yang bermurah hati menyediakan nasi lemak dan puding jagung untuk guru-guru PPKI n PPM semua, memang sedap hidangan yang disediakan... lain kali boleh buat lagi ye kak

Murid-murid dihimpunkan terlebih dahulu di tapak perhimpunan sebelum berlangsungnya acara



Sesi memanaskan badan


Murid-murid PPKI berehat sebentar selepas sesi memanaskan badan

Murid-murid bersedia untuk memulakan larian

Ketika berlangsungnya acara...... tak banyak gambar sempat diambil kerana keselamatan murid perlu lebih ditiikberatkan terutamanya melibatkan kawasan luar sekolah

Antara barisan utama pentadbiran sekolah sebelum berlangsung upacara pemberian hadiah

Salah seorang murid PPKI sedang menerima hadiah

No comments: