Followers

Monday, April 19, 2010

kejohanan Olahraga Tahunan SMK Machang Bubuk


Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 5 SMK Machang Bubuk meninggalkan kenangan manis kepada warga PPKI SMK Machang Bubuk . Ini disebabkan kali ini kami diberikan khemah dan memenangi perhiasan khemah terbaik keseluruhan. Kami juga diberi hadiah penghargaan untuk pembarisan serta pertambahan satu acara untuk murid PPKI iaitu lari 4x50m campuran. Ternyata ini merupakan satu penghargaan yang amat kami hargai dari pentadbiran sekolah. Kejayaan kali ini juga hasil usaha warga PPKI SMK Machang Bubuk yang bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada murid-murid PPKI. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan selamat becuti.. Doakan kejayaan kami Warga PPKI SMK Machang Bubuk.

Kami memenangi Perhiasan Khemah Terbaik dengan tema We Are Not Disable, But We Are Different Able

Suasana di dalam khemah sebelum bermula pembarisan


Senyuman di wajah mereka, kepuasan di hati kami sebagai guru PPKi



Pakaian yang menepati tema satu Malaysia

Ketua kontijen PPKI, Adik Mohd Helme


Murid-murid PPKI bersedia untuk pengerakan kontijen pembarisan

Murid-murid PPKI sedang menunggu untuk upacara pemberian hadiah

No comments: