Followers

Monday, April 19, 2010

Senamrobik 2


Aktiviti senamrobik kali kedua diadakan di tempat yang lebih selesa dan luas dari sebelumnya. Ini disebabkan aktiviti senamrobik kali pertama mendapat respons yang baik dari pelajar. Oleh sebab itu aktivti senamrobik kali kedua ini diadakan dalam usaha kami cikgu PPKI SMK Machang Bubuk memberikan yang terbaik kepada murid-murid PPKI. Antara lagu yang menjadi pilihan untuk aktiviti kali ini ialah
1. Malaysia Satu dari Faizal Tahir
2.Menari Denganku dari Siti Sarah dan Zahid
3.Coco Jambo
4. Lambada
5. La la la dari China Dolls (lagu dalam bahasa Thailand)
6. Goyang-goyang ( Lagu dalam bahasa Tamil)
7. Para-para sakura dari Aaron Kwok ( lagu dalam bahasa cina)
8. Logical Song dari Nescaja merupakan lagu paling laju dalam senarai lagu
9. Dan Sebenarnya dari Yuna sebagai lagu penutup
Ternyata aktiviti senamrobik kali ini lebih menyeronokkan dan tidak mustahil aktiviti ini diadakan sekali lagi

Sebelum bermulanya aktiviti

Murid-murid dipastikan berada dalam keadaan selesa untuk melakukan aktiviti senamrobik ini

Kelihatan cikgu Hairulizwan yang sedang memberikan arahan kepada murid-murid PPKI


Antara gaya menarik dari cikgu-cikgu PPKI

Kelihatan adik Nur Amira yang begitu teruja pada hari tu dengan tiba-tiba datang ke hadapan

Suasana selepas selesai aktiviti senamrobik kali ini

No comments: