Followers

Friday, July 19, 2013

Terapi air 2013

TERAPI AIR PPKI(BP)  2013

MATLAMAT

Meningkatkan keyakinan diri terhadap air di samping boleh merangsang otot dan otak ke tahap yang lebih baik.

OBJEKTIF

1. Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Khas.

2. Memberi peluang kepada murid-murid istimewa berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan persekitaran.

3. Melahirkan perasaan yakin dan mewujudkan perasaan gembira pada murid-murid istimewa.

4. Murid-murid dapat didedahkan dengan persekitaran dunia luar supaya mereka dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

5. Memupuk perasan bangga dan rasa dihargai di kalangan murid

istimewa walaupun mengalami kekurangan.

6. Mendapatkan kaedah rawatan susulan agar murid boleh mengawal pernafasan serta menguatkan otot-otot mereka.

7. Mengimbangi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam diri murid istimewa.


KONSEP TERAPI AIR



Terapi Air didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.

Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.Walau bagaimanapun, murid-murid PPKI mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri.

Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti terapi air ini. Melalui terapi air juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.

Dalam hubungan ini, terapi air dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid PPKI ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat.

Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluan yang unik ini.


KEPENTINGAN TERAPI AIR
Terapi Air merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal.


Antara kepentingan Terapi Air ini ialah:

i. Menghilangkan tekanan                    xv. Daya konsentrasi

ii. Keupayaan berkomunikasi              xvi. Pembentukan ‘body image’

iii. Simulasi sistem otak                       xvii.Peningkatan ‘self-esteem’

iv. Bina keyakinan diri                         xiii.Latihan daya kepimpinan

v. Kreativiti                                       xiv.Manipulasi tangan dan jari-jemari

vi. Kawalan diri

vii. Latihan ‘Social skill’

viii.Merangsang pertuturan

ix. Melatih sikap bekerjasama

x. Meningkatkan kesabaran

xi. Pengamatan

xii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain



PANDUAN KESELAMATAN

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKI ini, faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.



i. Ketidakupayaan Fizikal

Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air.



Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut.



Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. ‘Eye Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.



ii. Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKI di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat.



Ada murid-murid PPKI yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid PPKI tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.



MANUAL AKTIVITI TERAPI AIR


i. Pendahuluan

• Memanaskan badan dan meregangkan otot.


ii. Isi Pelajaran

• Bermain-main di tepi air.

• Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul

• Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti apungan.

• Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.

• Aktiviti renang dengan bantuan jurulatih bertauliah guru .

• Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru.

• Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.



iii. Penutup

• Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.

• Mengemaskan dan membersihkan diri.




Seperti tahun lepas terapi air PPKI(BP) SMKMB dijalankan di Kompleks Sukan dan Rekreasi  MPSP , Jalan Betek. Ternyata aktiviti ini amat disukai oleh pelajar dan penyertaan mereka dalam menjalankan aktiviti amat memberangsangkan.  Berikut merupakan  beberapa keping gambar semasa aktiviti dijalankan





















No comments: