Sempena Sambutan Hari Guru PPKI SMK Machang Bubuk yang akan diadakan pada hari jumaat nanti, PPKI SMK Machang Bubuk telah mengadakan satu projek istimewa. Projek ini merupakan satu projek yang melibatkan semua pihak dalam PPKI SMK Machang Bubuk iaitu guru-guru, pelajar-pelajar dan PPM. Projek yang diadakan ialah menyediakan cenderahati istimewa yang akan dihadiahkan kepada semua guru SMK Machang Bubuk sempena sambutan hari guru nanti. Cenderahati Istimewa yang dimaksudkan ialah bekas letak pen ekslusif yang dihasilkan daripada bahan terbuang iaitu kotak yang tidak digunakan lagi. Bekas letak pen ini dikatakan ekslusif kerana mempunyai hiasan yang berbeza-beza mengikut kreativiti semua pihak yang terlibat dalam projek ini. Sebanyak 100 bekas letak pen dihasilkan dan ternyata projek ini memerlukan komitmen yang tinggi semua pihak yang terlibat. Namun dengan kerjasama antara satu sama lain , projek ini telah selesai dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan kejayaan kali ini telah membuktikan bahawa kami pihak PPKI SMK Machang Bubuk tetap teguh dengan slogan yang menjadi pegangan kami selama ini iaitu , We Are Not Disabled but We Are Differently Able. Disini kami paparkan gambar-gambar yang menunjukkan proses sepanjang projek ini berjalan dan diharapkan dengan paparan ini dapat membuktikan bahawa murid-murid, guru-guru dan PPM PPKI sememangnya boleh dan sedia menghadapi apa saja cabaran.
Guru menunjukkan kepada murid cara memotong kotak dengan betul untuk mengelakkan atau mengurangkan kesilapan dalam memotong kotak
Kerja-kerja menjemur bekas letak pen yang telah disyelek untuk kali kedua
No comments:
Post a Comment