Followers

Tuesday, February 22, 2011

Kem Jati Diri 2011 PPKI SMK Machang Bubuk

Kem Jati Diri 2011 PPKI SMK Machang Bubuk telah berlangsung pada 14 Februari 2011 yang lalu. Tempat yang dipilih untuk tahun ini ialah Bengkel Daya dan The Carnivall yang terletak di Sungai Petani , Kedah Darul Aman.
Antara objektif program ini diadakan ialah
  1. mendedahkan murid-murid dengan persekitaran luar dalam merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran
  2. memperkembangkan kemahiran bahasa dalam berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat
  3. mengeratkan hubungan antara ibu bapa, pelajar, guru dan pihak sekolah
  4. meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus pelajar

Semua rombongan bertolak dari sekolah pada pukul 10.00 pagi dan tiba di Bengkel Daya dalam pukul 11.00 pagi. Kehadiran kami disambut oleh pengurus Bengkel Daya iaitu Encik Majid Bin Rashid.

Kami diberi taklimat serba ringkas tentang operasi dalam bengkel tersebut. Bengkel ini terdiri daripada 18 orang kakitangan dan 41 0rang pekerja OKU. Terdapat 5 bidang pekerjaan yang ditawarkan disini iaitu

  1. Pembuatan Kicap
  2. Perusahaan Dobi
  3. Perusahaan Coklat
  4. Bengkel Jahitan
  5. Pertanian

Video movie maker memaparkan gambar-gambar sepanjang lawatan dapat dilihat dengan klik disini

Lawatan di Bengkel Daya tersebut selesai pada pukul 1.00 tengahari dan kami di jamu dengan makan tengahari yang serba ringkas. Lokasi yang dituju seterusnya ialah The Carnival Sungai Petani.
Aktiviti dimulakan dengan sukaneka yang dikendalikan oleh pihak The Carnival dengan pengawasan rapi semua orang guru dalam memastikan keselamatan para peserta dalam keadaan. Aktiviti-aktiviti yang berlaku sepanjang berada di The Carnival dapat dilihat oleh pengunjung blog dengan klik disini . Selepas aktiviti tersebut, para peserta dibenarkan mandi manda sehingga pukul 4.30 petang dan semua peserta rombongan bertolak balik pada pukul 4.45 petang .

No comments: