Followers

Monday, February 28, 2011

Terapi Muzik Guru dan Murid PPKI SMKMB 19 Feb 2011

Terapi muzik merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Terapi muzik juga merupakan alternatif kepada rawatan moden yang ada pada hari ni.
Antara matlamat utama terapi ini dalam tujuan merawat pesakit ialah
1 . memulihkan kekuatan fizikal
2. menyediakan seseorang dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan
3. memberi sokongan emosi kepada keluarga dan pesakit
4. meredakan ketegangan perasaan
Disebabkan terapi muzik merupakan keperluan kepada murid-murid pendidikan khas, pihak PPKI telah mengadakan satu aktiviti terapi muzik pada 19 Februari yang lalu. Aktiviti ini melibatkan guru-guru dan murid-murid PPKI SMKMB.
Aktiviti ini berlangsung di kelas PPKI SMKMB. Aktiviti ini dikendalikan oleh seorang ibu kepada salah seorang pelajar PPKI SMKMB. Beliau merupakan seorang guru muzik di sekolah swasta dan terapi muzik merupakan kepakarannya. Video tentang aktiviti tersebut dapat dilihat dengan klik disini . Banyak input dan output yang dapat dikutip oleh guru-guru PPKI SMKMB daripada aktiviti ini. InsyaAllah apa yang didapati daripada aktiviti ini akandi terapkan dalam proses PnP

No comments: