Followers

Tuesday, February 22, 2011

Kemahiran Hidup Masakan- Dadih

Projek masakan untuk subjek Kemahiran Hidup di PPKI SMK Machang Bubuk dikendalikan oleh Puan Zamilah binti Ibrahim. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam projek ini didedahkan dengan kemahiran memasak dari peringkat asas sehingga membolehkan mereka menjual hasil masakan mereka kepada pelajar-pelajar lain.
Salah satu produk makanan yang dijual oleh pelajar-pelajar ialah dadih. Dadih dipilih kerana penyediaannya amat mudah serta tidak mengambil masa yang panjang untuk disediakan. Malahan kos penyediaannya juga tidak terlalu mahal dan membolehkan pelajar-pelajar mendapat untung yang agak berpatutan. Harga dadih dijual ialah rm0.60 dan boleh didapati dalam pelbagai perisa. Jualan dilakukan pada hari Selasa dan Khamis setiap minggu
Para pengunjung blog boleh klik disini untuk melihat video movie maker yang telah disediakan memaparkan tentang proses penyediaan dadih oleh pelajar-pelajar yang terlibat dengan bantuan guru

No comments: