Followers

Tuesday, February 22, 2011

Pendidikan Jasmani- Lokomotor

Pada 17 Januari yang lalu, pada waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, pelajar-pelajar PPKI didedahkan dengan pergerakan lokomotor seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Ini akan membolehkan mereka meningkatkan lagi pergerakan motor kasar.

Antara bahan bantu mengajar yang digunakan ialah gelung rotan, skitel, pundi kacang dan bangku panjang. Pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh murid boleh dilihat dengan klik disini. Ternyata aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar sedia ada semua pelajar yang terlibatdisamping menjadi aktiviti yang menyeronokkan bagi mereka dan guru-guru PPKI

No comments: