Followers

Sunday, September 25, 2011

Karnival Pendidikan Khas

Julung kali, Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah menganjurkan Karnival Pendidikan Khas dan Kem Linus untuk daerah Seberang Perai Tengah pada tahun ini. Karnival ini berlangsung selama 2 hari iaitu 20 dan 21 September 2011 di SMK Mengkuang. Untuk karnival kali ini , PPKI (BP) SMK Machang Bubuk turut menyertainya dalam aktiviti pameran, pertandingan kebudayaan serta pertandingan lain seperti pertandingan memasak, pertandingan Bowling Kelapa, Isketam Bola, Musang Berjanggut dan pertandingan menjahit yang dinamakan Tiru Macam Saya



Guru PPKI SMKMB turut bertindak mengendalikan senamrobik pada pagi hari pertama karnival serta mengacarakan prtandingan menyanyi serta tarian. Alhamdulillah, PPKI(BP) berjaya mendapat johan bagi pertandingan tarian. Walaupun tidak memenangi pertandingan lain, namun objektif yang telah disasarkan iaitu melibatkan penyertaan yang aktif daripada murid PPKI telah tercapai .Video persembahan tarian murid PPKI SMK Machang Bubuk pada majlis ini dapat dilihat dengan klik di SINI






Koleksi gambar-gambar yang melibatkan PPKI (BP) SMK Machang Bubuk sepanjang karnival in berlangsung diabadikan dalam movie maker seperti di bawah ini












Sebahagian video sesi senamrobik pada hari karnival tersebut yang dikendalikan oleh guru PPKI SMK Machang Bubuk dapat dilihat dengan klik di SINI

No comments: