Followers

Saturday, September 24, 2011

Kraftangan alas kaki

Salah satu projek kraftangan yang dihasilkan oleh murid PPKI (BP) SMK Machang Bubuk ialah alas kaki. Alas kaki ini merupakan 100% buatan tangan oleh murid. Guru hanya menunjukkan cara pembuatan, membimbing dan memantau hasil kerja murid.


Alas kaki ini terdiri daripada 2 bahan utama, kain potongan t shirt yang tidak digunakan lagi serta jaring plastik. Walaupun hanya terdiri daripada 2 bahan saja tetapi penghasilannya memerlukan ketelitian dan kesabaran pada tahap yang paling tinggi kerana penghasilannya memakan masa yang agak lama


Koleksi gambar-gambar yang sempat diambil dalam proses penghasilan kraftangan ini diabadikan dalam movie maker seperti di bawah


No comments: