Followers

Monday, November 7, 2011

Kejohanan Bowling 1 Malaysia dan Majlis Akhir Tahun 2011

Pada 31 Oktober 2011 yang lalu, PPKI (BP) SMK Machang Bubuk telah mengadakan Kejohanan Bowling 1 Malaysia dan Majlis Akhir Tahun 2011. Kejohanan Bowling berlangsung di Ampang Superbowl , The Summit , Bukit Mertajam. Manakala Majlis Akhir Tahun berlangsung di The Summit Hotel, Bukit Mertajam.


Kejohanan Bowling bermula pada pukul 10.00 pagi seperti yang dirancang. Kejohanan ini disertai oleh 44 orang pelajar PPKI yang mengikuti terapi Bowling sebelum ini. Perlawanan bowling ini di bahagikan kepada tiga kumpulan utama murid iaitu A, B dan C mengikut tahap masing-masing lelaki dan perempuan. Ini bermakna 6 kategori dipertandingkan untuk murid pada hari tersebut. Perlawanan melibatkan pentadbir dan guru PPKI turut dijalankan. Perlawanan dijalankan dalam 2 games bagi setiap kategori, di mana setiap kategori di pantau rapi oleh guru PPKI yang bertugas. Kejohanan bowling berakhir pada pukul 12.30 tengahari dan murid bergerak ke The Summit Hotel yang terletak disebelah pusat bowling ini untuk Majlis Akhir Tahun 2011. Koleksi gambar sepanjang kejohanan diabadikan dalam movie maker seperti di bawah











Majlis Akhir Tahun 2011 pula berlangsung kali ini amat berbeza dari tahun sebelumnya kerana julung kalinya diadakan di hotel. Hotel The Summit dijadikan pilihan disebabkan faktor jaraknya yang dekat dengan tempat berlangsungnya Kejohanan Bowling. Majlis ini dimulakan dengan ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Zuraidah bt Othman diikuti dengan ucapan Pengetua SMK Machang Bubuk , Puan Norlelawati binti Abdul Aziz. Kemudian Puan Zuraidah bt Othman menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang menyambut hari jadi dari bulan Julai hingga Disember. Upacara memotong kek hari jadi PPKI menyusul selepas itu.




Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori kejohanan bowling yang telah berlangsung. Hadiah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Mathihalagan a/l Chinian. Keunggulan Penolong Kanan Pentadiran , En Anuar bin Rahim tidak dapat ditandingi kerana beliau memenangi kategori pentadbir dan guru PPKI.



Setelah hadiah untuk pertandingan bowling disampaikan kepada para pemenang, semua warga yang terlibat dalam Majlis Akhir Tahun ini menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan oleh pihak Hotel The Summit. Sambil menjamu selera, acara cabutan nama bertuah diadakan. Sebanyak 60 hadiah disediakan untuk dimenangi dan cabutan nama dibuat oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelaras PPKI SMK Machang Bubuk dan Setiausaha Majlis Akhir Tahun kali ini , Puan Zamilah bt Mohd Ibrahim.Majlis berjalan dengan lancar dan kelihatan semua pihak berpuas hati dengan perjalanan majlis. Majlis berakhir pada pukul 2.30 petang. Koleksi gambar sepanjang majlis diabadikan dalam movie maker seperti dibawah.







No comments: