Followers

Wednesday, April 25, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS DAN KEMBARA PERLIS

Rombongan bertolak dari sekolah pada pukul 8.20 pagi dan tiba di SMK Arau dalam pukul 11.20 pagi. Ketibaan kami disambut oleh Penolong Kanan HEM SMK Arau, guru-guru PPKI dan PPM. Satu taklimat ringkas telah diadakan untuk menerangkan tentang program-program yang telah dijalankan. Antaranya Projek Bakeri , "Ringgit Kassorga" , Terapi Muzik, Bowling , Terapi Pasir serta projek perkebunan. PPKI(BP) SMK Arau merupakan  Program Pendidikan Khas Contoh untuk negeri Perlis. Maklumat lanjut mengenai sekolah ini boleh didapati  pada blog PPKI(BP) SMK Arau

Selepas taklimat , rombongan kami dibawa melihat aktiviti yang sedang berjalan. Antaranya ialah terapi muzik serta proses pembuatan roti dan kek. Kami diberi peluang mencuba untuk membuat "topping" di atas kek serta menghiaskannya. Jamuan ringan juga disediakan kepada pihak kami. Cendarahati juga turut disediakan kepada rombongan kami yang merupakan kek dan kek cawan yang dihasilkan sendiri oleh pelajar2 PPKI sekolah tersebut. Koleksi gambar sepanjang berada di PPKI (BP) SMK Arau diabadikan dalam movie maker yang boleh di tonton dengan klik DI SINI

Aktiviti seterusnya adalah makan tengahari di Kangar dimana makan tengahari ini disumbangkan oleh mantan menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan bin Kassim. Majlis makan tengahari itu dihadiri oleh Ketua Wanita Umno dan Ketua Biro Kebajikan Wanita dan Pembasmi Kemiskinan yang mewakili pihak Datuk Seri Shahidan Kassim yang tidak dapat hadir. Selesai makan tengahari , rombongan kami singgah di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalulail untuk menunaikan solat

Setelah menunaikan solat, kami bertolak ke Padang Besar untuk aktiviti Kembara Satu iaitu melawat Taman Burung Unta. Namun  faktor cuaca yang kurang mengizinkan pada hari tersebut menyebabkan pelajar hanya dapat meninjau taman tersebut hanya dari atas bas yang kami naiki. Kemudian kami bertolak ke Kompleks Bebas Cukai  Padang Besar untuk aktiviti Kembara 2. Kami bergerak pulang ke SMK Machang Bubuk pada pukul 6.00 petang, Kami singgah di Perhentian RnR Gurun, Kedah untuk makan malam dan menunaikan solat. Rombongan kami tiba dengan selamat di SMK Machang Bubuk pada pukul 10.00 malam. Movie maker sepanjang aktiviti kembara Perlis ini boleh dilihat dengan klik DI SINI


Blog dikemaskini   dan movie maker disediakan oleh : LEMAN ABDILLAH BIN CHE LEMAN

Artikel ini diubahsuai dari Laporan Lawatan Penanda Aras &Kembara Perlis 2012 yang ditulis oleh PUAN SITI NOR RAHMAH BT EMRAN dan CIK ASMAWATI BT SHAARI


No comments: