Followers

Saturday, April 7, 2012

Perkhemahan Tahunan di Putri Ayu Chalet , Yan Kedah

PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN PENDIDIKAN KHAS 2012

TARIKH : 29 MAC 2012
HARI : KHAMIS
TEMPAT : PUTRI AYU CHALET AND TRAINING CENTRE, YAN , KEDAH

KUMPULAN SASARAN: PELAJAR KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Pengenalan

Program Perkhemahan Tahunan Pendidikan Khas 2012 merupakan aktiviti lawatan sambil belajar yang dapat mempertingkatkan perkembangan sosial pelajar-pelajar Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran selaras dengan perkembangan semasa yang berlaku di persekitaran mereka. Program sebegini dapat mendidik pelajar-pelajar mengamalkan nilai-nilai murni, meningkatkan keyakinan diri dan bersikap positif dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti yang dirancang adalah bertetapan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas berlandaskan kepada sukatan pelajaran alternatif pendidikan khas.

Objektif

-Mendedahkan pelajar-pelajar dengan persekitaran luar dalam merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran.




-Mengembangkan minda pelajar dan memberi pengalaman dalam bersosial, berkomunikasi serta meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar-pelajar Pendidikan Khas.




-Menambahkan kefahaman di bawah pengendalian guru matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Alam Sekitar serta Pengurusan Diri.




-Mendedahkan pelajar dengan asas perkhemahan di dalam hutan untuk membolehkan mereka mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dari semangat kerjasama, tolak ansur dan berdisiplin




-Membolehkan murid merasai pengalaman hidup di dalam hutan dari segi pengurusan diri, makanan dan aktiviti mereka jalani






Para pengunjung blog ini boleh klik di SINI untuk melihat video movie maker yang disediakan untuk mengetahui aktiviti yang berjalan sepanjang program berlangsung

No comments: