Followers

Sunday, September 11, 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri , Kenaikan Pangkat dan Persaraan

Pada 8 Mei yang lalu, kelas PPKI (BP) telah mengadakan satu majlis untuk meraikan 3 peristiwa.




  1. Meraikan sambutan hari raya Aidilfitri 1432 hijrah


  2. Meraikan kenaikan pangkat dan mengucapkan selamat datang kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas yang baru , Puan Zuraidah bt Othman serta meraikan kenaikan pangkat Encik Sungaip bin Semaun yang kini bertugas sebagai penolong kanan di SMK Jawi


  3. Meraikan Puan Sofiah bt Majid, pembantu am pejabat yang akan bersara pada minggu hadapan



Majlis di mulakan dengan ucapan dari pengerusi Majlis, cikgu Rohayati bt Saidin, kemudian disusuli dengan ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas yang baru. Penolong Kanan Pendidikan Khas melahirkan perasaan gembiranya ditempatkan di PPKI (BP) SMK Machang Bubuk dan kehadirannya diterima di sini.



Selepas itu semua hadirin dipertontonkan dengan video movie maker yang telah disediakan memaparkan aktiviti yang telah di jalankan oleh PPKI SMK Machang Bubuk dari awal tahun sehingga yang terkini. Para pengunjung blog ini boleh menonton video movie maker tersebut dengan klik disini



Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Anuar bin Rahim menyusul selepas itu. Cikgu Anuar juga melahirkan kegembiraan terhadap warga PPKI SMK Machang Bubuk yang sentiasa aktif dalam memartabatkan lagi kecemerlangan SMKMB.



Selepas itu disusuli pula dengan ucapan Cikgu Sungaip bin Semaun yang dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Jawi. Cikgu Sungaip menjelaskan beliau amat gembira di tempatkan di PPKI SMK Machang Bubuk walaupun hanya selama 8 bulan. Ini disebabkan sepanjang bertugas di PPKI (BP) SMK Machang Bubuk, beliau mendapati sekolah ini amat aktif dalam menganjurkan banyak aktiviti untuk murid-murid pendidikan khas terutamanya aktiviti terapi. Video movie maker juga disediakan untuk Cikgu Sungaip bin Semaun memaparkan wajah-wajah beliau semasa bertugas di SMK Machang Bubuk seperti dibawah ini






Selepas selesai video movie maker itu dipertontonkan, semua hadirin pun menjamu selera menikmati hidangan sedia ada yang kebanyakan di sediakan sendiri oleh guru-guru pendidikan khas SMK Machang Bubuk. Perjalanan sepanjang program ini diabadikan dalam movie maker ini




No comments: